Thursday, June 26, 2008

Nukilan : paku di hati

PAKU DI HATI........ . begini kisahnya,... ..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku

sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,

ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....

It's better to be silent & be thought a fool, than to speak & remove all doubt.. -sape tah-

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan..... .

Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan..... ..

Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti.

Reference Services

Org paling penting dlm library..apa2 hal semua user akan refer kat reference staff..
Tugas nampak mudah...duduk kat kaunter ja...nmpk mcm x byk keja.. tp ilmu kena byk... mana tau org luar mai melawat..yg x pandai ckp melayu pun ada... mai nak wat research... nak cr maklumat pasai negara kita... heermm bungkuih kalu x tau nak menjawab... Tp jgn la muka masam time tu...hehehe...senyum sikit..sedekah tu...
Reference staff nak kena tau pasal finding aids...ye la.. user mana tau nak guna index..nak guna OPAC... atau apa2 system yg ada kat library...tp tabik la kat depa nie... depa mmg "terer"... ada sesetgh tu da tau mana nak dpt buku tu bila bg jer title... semua dalam kepala...

Tuesday, June 24, 2008

K-centre dashboard

17.06.2008... k-centre dashboard secara rasmi dirasmikan...
k-centre dashboard ni satu system bagi memudahkan staf2 CIMB yang ada di seluruh malaysia ini melihat koleksi2 yang ada di dalam library CIMB Bank dan CIMB group.
CIMB ada dua library..satu di jalan tun perak dan satu lagi di jalan semantan.
Sebelum nie sebelum adanya k-centre dashboard nie x ramai staff yg tau kewujudan library... ramai yg tny bila library nie wujud... :(.. lepas sj launch..ramai yg call
tny cara2 nak register... ramai jugak yg mengadu x boleh sing up... biasa la.. semua nie akan berlaku... tp masalah yg di hadapi agak kecil..kecuali part admin la... tu pun masa mula2 kenal k-centre nie la... so far semua berjln dgn baik..Alhamdulillah..
Jumlah yg meminjam makin ramai... rupanya ramai jgk yg suka membaca...hehehe pasai tension kot...hehehe... apa pun dgn adanya k-centre nie ramai staff cimb memuji sebab depa yg duduk jauh dr KL dpt pinjam... (jgn buat harta sudah)...

anda boleh access http://k-centre.cimb.com

Book to donate

Baru2 nie contact balik lecturer lama... dia citer pasal nak setup mini public library kat kawasan perumahan dia, area Bandar Tasik Putri Rawang. Dia tengah mencari-cari bahan untum di masukkan dalam library tu... So saya cadang kat dia cuba dapatkan buku secara donation..
Jadi mana2 kawan2 kita yg ada koleksi2 buku yang dah tak mau baca..elok la sedekah kat library tu... sebenaqnya library tu dah lama nak wat...tp disebabkan masa tu pemerintahan org lain...depa terpaksa hold sat..ada masalah sikit katanya... jd la nie semua da ok...
la da mula nak cari collection laaa....

Monday, June 23, 2008

Penggunaan see and see also

Sudah lama tidak dengar perkataan nie.... Last masa belajar kat uitm shah alam dulu.. tu pun sebab belajar subject library... semalam jumpa balik word see and see also...
da x ingat cam na penggunaan dia...heermm kena la refer sesapa yg pandai...

betul la...ilmu akan hilang dlm 24 jam kalu kita x praktik...
blajar time 2001-2004..la nie da 2008... da 4 thn tinggal...huhuhhhu....